LOS ANGELES - Sepasang bayi kembar masing-masing dilahirkan selang 15 minit tetapi pada tahun berbeza iaitu seorang pada akhir tahun 2021 dan adiknya pada awal tahun 2022 di sebuah pusat perubatan di bandar Salinas, California, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
Pada mulanya, seorang bayi lelaki, Alfredo Antonio Trujillo dilahirkan pada jam 11.45 malam waktu tempatan pada tahun 2021.
Iklan
Iklan
Namun, menurut laporan berita AFP pada Selasa, seperempat jam kemudian iaitu pada Hari Tahun Baharu 2022, adik perempuannya, Aylin Yolanda Trujillo pula dilahirkan.
Pasangan kembar itu dilahirkan di Pusat Perubatan Natividad.
"Mereka (anak-anaknya itu) ialah kembar dan mempunyai ulang tahun (kelahiran) yang berbeza," kata ibu bayi berkenaan, Fatima Madrigal dalam kenyataan seperti dilaporkan AFP.
Seorang doktor di pusat itu, Dr Ana Abril Arias berkata, ia sebagai satu memori kelahiran yang paling diingati dalam kariernya.
Si abang iaitu Alfredo mempunyai berat badan 2.75 kilogram (kg) manakala adik perempuannya, Aylin pula ialah kira-kira 2.6kg. - Agensi