Harap pertemuan UMNO, Pas beri impak positif: Ahmad Jazlan

Iklan
Ahmad Jazlan

KOTA BHARU - UMNO Kelantan harap pertemuan dengan Pas Kelantan pada 22 Januari ini dapat merungkai segala persoalan yang dipolemikkan banyak pihak sejak kebelakangan ini.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai persetujuan pertemuan melibatkan kedua-dua parti itu pada minggu lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, harapan yang cukup besar diletakkan semoga pertemuan berkenaan membawa impak positif ke arah kerjasama yang lebih erat.

"Saya sendiri akan mengetuai pertemuan berkenaan bersama Biro Politik UMNO Kelantan. Kita yang minta pertemuan ini diadakan. Insya-ALLAH kita harap semuanya berjalan dengan baik hendaknya.

Iklan

"Kami tahu penyokong kedua-dua parti sedang menunggu apa haluan Pas dan UMNO di Kelantan. Maka pertemuan ini diharapkan dapat menjawab penantian semua pihak," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Pas Kelantan menetapkan 22 Januari ini sebagai tarikh pertemuan antara parti itu dengan UMNO Kelantan bagi membincangkan hala tuju kerjasama kedua-dua pihak melalui Muafakat Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Iklan

Perkara tersebut dikongsi Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pada minggu lalu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai program kebajikan bantuan banjir melibatkan negeri ini, Ahmad Jazlan berkata, pihaknya sentiasa memberikan tumpuan membantu masyarakat yang memerlukan terutamanya dalam menghadapi banjir gelombang ketiga dan sebagainya.

"Saya sudah meminta pimpinan UMNO setiap bahagian untuk menyediakan pasukan sukarelawan bagi menghadapi kemungkinan banjir atau bencana, insya-ALLAH kita akan bantu semampunya," katanya.