MRT Phileo Damansara rosak, Rapid Rail mohon maaf

Iklan
Rapid Rail telah mengaktifkan pelan servis alternatif dengan menggunakan satu landasan antara stesen Phileo Damansara dengan stesen Semantan. - Twitter/@Darysyini98
KUALA LUMPUR - Rapid Rail Sdn Bhd memohon maaf di atas kesulitan yang dialami pengguna akibat kelewatan jadual perjalanan berikutan masalah teknikal yang berlaku di Stesen MRT Phileo Damansara.

Menurut Rapid Rail, pasukan teknikalnya ketika ini sedang sedang giat mengenal pasti masalah.

Bagaimanapun pihaknya telah mengaktifkan pelan servis alternatif dengan menggunakan satu landasan antara stesen Phileo Damansara dengan stesen Semantan.

Iklan
Iklan

Pengguna dari arah Kwasa Sentral perlu turun dan mendapatkan tren perantara di Stesen Phileo Damansara ke Stesen Semantan dan seterusnya meneruskan perjalanan seperti biasa.

"Fokus pihak operasi adalah untuk memastikan pengguna dapat meneruskan perjalanan ke tempat kerja dengan selamat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Tambahnya pelan servis alternatif akan terus diaktifkan sehingga perkhidmatan kembali normal.

Situasi ini telah menyebabkan pergerakan tren akan menjadi lebih perlahan dan berhenti lebih lama di platform sehingga menimbulkan rasa kurang senang pengguna yang berkongsi perkara itu di media sosial.

Iklan

Tambahnya pengguna diminta untuk mengikut status terkini perkhidmatan MRT menerusi platform media sosial Rapid KL bagi mendapatkan maklumat terkini. - Awani

Video kejadian turut tular di media sosial.