Mayat lelaki ditemui terapung dalam longkang

Iklan
Mayat seorang lelaki ditemui dalam sebuah longkang besar berhampiran Stesen Komuter Batu Tiga, Shah Alam.

SHAH ALAM - Mayat seorang lelaki ditemui terapung di dalam sebuah longkang besar berhampiran Stesen Komuter Batu Tiga di sini pada Rabu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada jam 9.39 pagi.

Iklan
Iklan

"Mayat seorang lelaki yang identiti belum dikenal pasti ditemui terapung di dalam longkang besar di bawah jambatan berketinggian 4.57 meter.

"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang tiba di lokasi pada jam 9.55 pagi untuk membawa naik mayat tersebut sebelum diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan
Iklan