BANDUNG - INDONESIA. Dua wanita masing-masing berdepan hukuman empat hingga 20 tahun penjara selepas didapati menyeludup dadah ke dalam penjara di Kota Bekasi, Jawa Barat.
Kes pertama berlaku pada Sabtu lalu, membabitkan seorang wanita berusia 46 tahun yang nekad menyeludup ganja seberat 9.5 gram diletakkan dalam tauhu sumbat.
Iklan
Iklan
Siasatan mendapati, wanita itu mahu menyerahkan ganja terbabit kepada suaminya yang ditahan di kemudahan tersebut.
Wanita itu turut mengaku telah melakukan perbuatan tersebut sebanyak tiga kali atas arahan suaminya.
Kes kedua melibatkan seorang wanita berusia 35 tahun yang ditahan pada Selasa lalu, selepas pemeriksaan mendapati terdapat sebungkus plastik berisi syabu diselitkan dalam pisang goreng dibawanya.
Syabu seberat satu gram itu sepatutnya sampai ke tangan teman lelakinya yang ditahan berkaitan kes dadah.
Kedua-dua wanita terbabit kini ditahan dan menunggu tarikh untuk perbicaraan. - Agensi