Noridah dilantik sebagai KSU Kementerian Perpaduan

Iklan
Datuk Noridah Abdul Rahim

PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Noridah Abdul Rahim dilantik sebagai ketua setiausaha (KSU) kementerian itu berkuatkuasa pada Rabu.

Perkara itu diumumkan oleh Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique dalam kenyataannya yang turut merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan tersebut.

Iklan
Iklan

"Tahniah dan syabas kepada Noridah di atas pelantikan ini. Semoga beliau dapat menggalas dan melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan dengan penuh dedikasi bersama kementerian untuk kesejahteraan rakyat Keluarga Malaysia," katanya.

Kementerian Perpaduan Negara ditubuhkan pada 10 Mac 2020.

Iklan
Iklan

Fungsi utama Kementerian Perpaduan Negara adalah untuk memacu agenda perpaduan nasional bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian rakyat Keluarga Malaysia.