BANGKOK - Kerajaan Thailand terus membiayai rawatan Covid-19 di hospital swasta dan pengurusan hospital tidak boleh mengenakan bayaran kepada pesakit mereka, lapor Agensi Berita Thai (TNA), memetik jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana.
Wangboonkongchana berkata, kabinet tidak menghentikan bayaran rawatan meskipun organisasi terbabit mencadangkan kerajaan berhenti menanggung kos rawatan Covid-19 di hospital swasta dan membayar rawatan pesakit yang dijangkiti dan tidak divaksinasi untuk menjimatkan perbelanjaan negara.