Caj RM200 isi borang bantuan banjir

Iklan
Terdapat pihak dikesan mengambil kesempatan mengenakan bayaran sehingga RM200 bagi setiap borang permohonan bantuan wang tunai di bawah pakej Bantuan Selangor Bangkit. (Gambar kecil: Gunaraj George)

SHAH ALAM - Terdapat pihak dikesan mengambil kesempatan mengenakan bayaran sehingga RM200 bagi setiap borang permohonan bantuan wang tunai di bawah pakej Bantuan Selangor Bangkit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Gunaraj George berkata, aktiviti yang menyasarkan warga emas dan ibu tunggal itu dikesan aktif di daerah Klang.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, laporan polis telah dibuat bagi mencegah sindiket berkenaan yang mengambil kesempatan di atas kesusahan rakyat.

"Setiap Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor telah bekerja keras membantu masyarakat yang terjejas dengan menguruskan permohonan bantuan bencana banjir secara percuma.

Iklan

"Kerjasama yang erat antara pejabat ADUN serta Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) membolehkan segala urusan permohonan bantuan bencana banjir berjalan baik dan lancar," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Justeru, beliau menyeru semua mangsa banjir pada 18 Disember lalu untuk berhati-hati dengan sindiket penipuan tersebut.

Iklan

"Warga Selangor yang terkesan perlu berhubung terus dengan pejabat ADUN dan PTD daerah masing-masing bagi mendapatkan sebarang bantuan dan sokongan," katanya.