Kampung yang menempatkan hampir 30 buah rumah ini hampir kesemuanya memiliki bot fiber dan enjin bagi menghadapi musim banjir yang kadangkala tidak mengira waktu dan dengan adanya bot tersebut mereka boleh bergotong-royong memindahkan penduduk di kawasan tersebut ke kawasan selamat.
Tinjauan mendapati kawasan kediaman disitu masih ditenggelami air dengan penduduk meletakkan bot fiber mereka berhampiran Jambatan Seberang Batu Badak.