SEREMBAN - Polis sedang menyiasat berhubung kehilangan pendawaian sistem siren amaran banjir dalam kotak siren yang berada di kolam takungan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Taman Sungai Gemas dekat sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superitendan Anuwal Ab Wahab berkata, pihaknya segera ke lokasi berkenaan selepas menerima laporan daripada seorang kakitangan JPS pada 1.44 tengah hari.