Usaha harmonikan PSM, ASTAF perlu diperhebat

Iklan
Anuwat Sombatdee (belakang, dua kanan) memperkuatkan cabaran Perak Bison dalam saingan STL 2021/22.

PERSATUAN Sepak Takraw Perak Darul Ridzuan (PERSEDAR) menyifatkan perbincangan antara Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dengan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) yang akhirnya meleraikan kekusutan mengenai status pemain import dalam saingan Liga Sepak Takraw (STL) 2021/22 merupakan petanda positif.

Malah Setiausaha PERSEDAR, Mohd Jaffrey Zainol mengharapkan usaha positif tersebut perlu diteruskan memandangkan ASTAF dan PSM merupakan dua entiti yang saling memerlukan dalam memartabatkan sukan warisan tersebut.

Iklan
Iklan

"Kerjasama baik ini diharap akan dapat diteruskan, bukan sahaja di dalam penganjuran STL, malah diharap akan dapat diperkembangkan lagi ke semua peringkat bagi mencapai objektif yang sama, iaitu pembangunan sukan sepak takraw.

"Kami menyambut baik usaha dan perbincangan yang diadakan di antara PSM dan ASTAF, yang seterusnya telah membenarkan kehadiran pemain import di dalam kejohanan. Ini jelas menunjukkan bahawa pembangunan sukan sepak takraw adalah lebih penting daripada kemelut yang melanda persatuan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.

Iklan

Persatuan Sepak Takraw Thailand (TAT) sebelum ini melarang empat pemain mereka, Swatbanchan Seekhwa, Aekasit Naphom, Anuwat Sombatdee dan Kupithat Khatmimalan daripada menyertai STL berikutan amaran dikeluarkan ASTAF.

Ditanya sama ada Perak Bison akan menggunakan semula khidmat Anuwat Sombatdee, Mohd Jaffrey yang juga pengurus Perak Bison berkata"Kami di Perak Bison sememangnya meneruskan program latihan dan persiapan pasukan dengan kelapan-lapan pemain didaftarkan, termasuklah pemain import dari Thailand, Anuwat Sombatdee.

Iklan

"Sehubungan itu, dari aspek persiapan, tiada yang terjejas setakat ini," ujarnya.