JELI - Sebanyak 198 kotak minyak masak bersubsidi bernilai RM5,840 dipercayai cuba diseludup ke negara jiran dirampas Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan dalam satu serbuan di sebuah bangsal kebun di Kampung Lanchang, Ayer Lanas di sini, pada Rabu.
Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, serbuan pada jam 2.45 petang itu berdasarkan maklumat koloborasi dari beberapa agensi.