Morikawa azam lakar kejayaan pada Kejohanan Sentry 2022

Iklan
Colin Morikawa - Foto Golf Channel

PEMAIN nombor dua dunia ketika ini, Cllin Morikawa berazam mencatatkan kejayaan pada kejohanan Sentry Of Champions 2022 yang dijadualkan berlangsung di Kapalua, Hawaii mulai mulai 6 hingga 9 Januari ini.

Menurut pemain Amerika Syarikat berusia 24 tahun itu, dia juga berpeluang untuk merampas kedudukan selaku pemain nombor satu dunia, sekiranya berjaya muncul juara pada kejohanan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya kini berpeluang untuk merampas kedudukan selaku pemain nombor satu dunia pada kejohanan kali ini.

"Oleh itu, sudah tentu saya akan memberikan fokus selain memastikan dapat beraksi dengan baik bagi mencapai hasrat tersebut,” katanya.

Iklan

Untuk rekod, baru-baru ini majalah sukan golf terkemuka, Golf Digest melaporkan Morikawa, dilihat berpeluang memenangi kejohanan berkenaan (Sentry).

Sekiranya, berjaya Morikawa dijangka bakal mengambil alih kedudukan selaku pemian nombor satu dunia menggantikan pemain golf Sepanyol, John Lam.

Iklan

Sementara itu, Morikawa akan menjadikan kejohanan Sentry Of Champions kali ini sebagai detik permulaan kebangkitannya pada tahun ini.

Malah dia turut berazam untuk mencatatkan lebih banyak kemenangan pada musim 2022 bagi mengukuhkan kedudukan rankingnya.

"Saya mahu menjadikan tahun 2022 ini sebagai tahun yang bermakna dengan mencatatkan lebih banyak kejayaan,” katanya.