'Pertukaran SUK Melaka, hanya perkara biasa' - Sulaiman

Iklan
Sulaiman - Foto Bernama

AYER KEROH - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menegaskan pertukaran Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Kamel Mohamad hanya perkara biasa dalam landskap kerajaan.

Katanya, tidak timbul soal berlaku ‘kemelut’ dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga memaksa pertukaran seperti didakwa sesetengah pihak.

Iklan
Iklan

"Tukar (SUK) itu perkara biasa kerana datang, masuk, pergi dalam setiap jawatan itu merupakan suatu proses dan tidak ada apa yang pelik.

"Kalau dia diperlukan dalam satu-satu tempat yang lebih baik, dia pergilah. Jadi tidak timbul soal kemelut ke apa sebab saya sendiri tahu sudah lama,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Kompleks Seri Negeri, di sini hari ini.

Dalam pada itu mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Adly Zahari yang mendakwa pertukaran itu seperti tergesa-gesa, Sulaiman menegaskan ia dilakukan mengikut proses yang betul.

Iklan

"Suka hatilah orang nak cakap kerana kita tahu apa sebenarnya. Mungkin zaman dia benda ini tidak berlaku, zaman saya berlaku kerana ada sebab musabab.

"Saya sendiri sudah tahu lama, sebulan atau tiga bulan lalu saya dah tahu kerana itu perkara biasa kepada mana-mana ketua jabatan dan dia (SUK) mungkin ditukarkan ke satu kementerian yang lebih memerlukan beliau,” tambahnya.

Terdahulu pertukaran SUK Melaka menjadi pertikaian pelbagai pihak selepas didakwa Kamel menerima notis 24 jam dan digantikan oleh Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Zaidi Johari.

Dalam pada itu, meskipun Sulaiman enggan mengesahkan notis 24 jam berkenaan, namun menurut sumber ketika dihubungi Astro AWANI, notis itu dikeluarkan secara mengejut.

"Notis pertukaran itu memang diberikan dalam tempoh 24 jam yang mana beliau terima pada 4 Januari lalu dan diminta melaporkan diri di Putrajaya pada 5 Januari.

"Walaupun pertukaran itu mengejut, sebagai penjawat awam beliau akur lah dengan arahan dan diberikan tetapi akan meneruskan tugas di kementerian mana belum pasti,” kata sumber itu lagi kepada Astro AWANI. - Awani