Lebih RM39 juta BWI diserahkan kepada mangsa banjir seluruh negara

Iklan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Mastura Mohd Yazid (dua, kanan) dan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Klang Mohd Faizal Abdul Raji (tiga, kanan) beramah mesra bersama mangsa banjir ketika hadir membuat tinjauan agihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) dan Bantuan Selangor Bangkit (BSB) di Dewan Majlis Pengurusan Kominiti Kampung (MPKK) Kampung Lombong Seksyen 29 Shah Alam hari ini. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Lebih RM39 juta Bantuan Wang Ihsan (BWI) telah diagihkan kepada mangsa banjir di seluruh negara, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid.

Beliau berkata, setiap penerima dimaklumkan tarikh dan tempat janji temu bagi pemberian bantuan tersebut.

Iklan
Iklan

"Bantuan ini kita serahkan setiap hari, malah jika ada yang tidak hadir ke pusat pemberian bantuan, kami akan pergi cari mereka,” katanya kepada media ketika meninjau proses pemberian BWI di Balai Raya Kampung Lombong di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang, Mohd Faizal Abd Raji berkata, pengagihan bantuan kewangan daripada kerajaan negeri dan Persekutuan kepada penduduk Taman Sri Muda, Seksyen 25 yang terjejas banjir, akan selesai dalam masa terdekat.

Iklan

"Sebelum ini, kita telah mengagihkan bantuan itu kepada lebih 90 keluarga dan fasa pemberian seterusnya akan dibuat di Dewan Azalea (Taman Sri Muda) pada Isnin ini dan 17 Januari,” katanya.

Menurutnya, sehingga Rabu, 2,304 ketua isi rumah telah menerima bantuan tunai daripada kerajaan negeri dan Persekutuan berjumlah RM2,000 seorang.

Iklan

Mohd Faizal menjangkakan seramai 4,500 orang akan menerima bantuan yang sama hujung minggu ini. - Bernama