Segerakan siasatan bebas terhadap isu SPRM

Iklan
Kenyataan dimuat naik Ahmad Fadhli di Facebook beliau pada Khamis.

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mengambil langkah segera mewujudkan siasatan secara bebas dan terbuka terhadap isu melibatkan pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ia bagi memastikan ketelusan dalam siasatan serta membuktikan keseriusan kerajaan dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.

Iklan
Iklan

"Dewan Pemuda Pas mengikuti isu melibatkan tuduhan-tuduhan terhadap SPRM termasuk isu pegawai tertinggi badan yang dilihat boleh menjejaskan kredibiliti dan komitmen kerajaan dalam membanteras rasuah serta memperkukuhkan integriti sedang diusahakan kini.

"Saya juga menyarankan kepada kerajaan untuk merehatkan semua individu yang terlibat termasuk pegawai tertinggi SPRM sehingga siasatan selesai dan nama baik mereka dibersihkan.

Iklan

"Saya percaya perkara ini perlu dipandang serius bagi menangkis persepsi buruk kepada kerajaan dan negara serta memastikan integriti terus terpelihara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Khamis.

Ahmad Fadhli juga berharap semoga Malaysia sentiasa dipelihara oleh ALLAH SWT dan kedaulatan undang-undang terus ditegakkan dengan amanah dan berintegriti.

Iklan