SHAH ALAM - Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menyalurkan sumbangan RM1.1 juta kepada kerajaan negeri Selangor pada Khamis.
Naib Presiden Pemasaran Hiliran Petronas, Ahmad Adly Alias berkata, sumbangan itu merangkumi penyediaan peralatan dan keperluan pembersihan termasuk 1,000 unit silinder berisi gas memasak Petronas kepada isi rumah yang terjejas banjir.
Iklan
Iklan
"Kerjasama dengan kerajaan negeri akan membolehkan pengagihan sumbangan menjadi lebih berkesan kepada isi rumah terjejas.
"Sumbangan peralatan pembersihan juga diharap dapat memudahkan KDEB Waste Management menjalankan perkhidmatan pembersihan di Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang,” katanya pada Khamis.
Adli berkata demikian pada majlis penyerahan sumbangan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Khamis.
Keperluan pembersihan bernilai RM1 juta itu adalah sebahagian daripada ikrar Petronas menerusi peruntukan sebanyak RM25 juta bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara bermula Disember.
Artikel Berkaitan