MB nafi masalah agihan Bantuan Selangor Bangkit

Iklan
Amirudin (empat dari kanan) pada majlis penyerahan sumbangan peralatan pembersihan dan 1,000 unit silinder berisi gas memasak daripada Petronas di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada Khamis.

SHAH ALAM - Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menafikan timbul masalah dalam pengagihan Bantuan Selangor Bangkit (BSB).

Menurut Amirudin, lebih 11,400 mangsa banjir termasuk yang tidak ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) sudah menerima bantuan berkenaan setakat Khamis.

Iklan
Iklan

"Perjalanan agihan bantuan menerusi BSB sangat baik kerana kita sudah menyelesaikan pengagihan kepada mangsa banjir yang tinggal di PPS dalam tempoh seminggu.

"Tiada borang perlu diisi bagi yang berpindah ke PPS kerana datanya sudah lengkap. Bagi golongan kedua yang tidak berpindah, mereka hanya perlu melalui proses mudah.

Iklan

"Boleh terus proses sahaja, tidak ada timbul sebarang isu (seperti dakwaan) hendak gambar atau sebagainya," katanya di sini pada Khamis.

Beliau ditemui pada majlis penyerahan sumbangan peralatan pembersihan dan 1,000 unit silinder berisi gas memasak daripada Petroliam Nasional Berhad (Petronas) kepada kerajaan negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Khamis.

Iklan

Sementara itu, Amirudin berkata, fasa pertama pengagihan BSB hampir selesai apabila kesemua mangsa banjir ditempatkan di PPS menerima bantuan di bawah kelolaan kerajaan negeri tersebut.

Menurutnya, jumlah mangsa banjir yang tidak ditempatkan di PPS bagi mendapatkan bantuan berkenaan juga terus meningkat, bagaimanapun malah kerajaan negeri akan memastikan tiada yang tertinggal.

"Jumlah keluarga berpindah ke PPS berdasarkan senarai kita yang digabungkan dengan data awam, swasta dan persendirian adalah berjumlah 11,100 lebih. Namun lebih 11,400 nama sudah menerima BSB.

"Mangsa yang tidak tinggal di PPS pun sudah mula diberikan dan akan memanggil nama yang terlepas bagi mendapatkan agihan," jelas beliau.

Amirudin menganggarkan jumlah penerima BSB akan meningkat sehingga 30,000 keluarga dalam tempoh terdekat menerusi kemas kini data mangsa banjir yang sedang giat dijalankan.

-end-