Khairy nafi tekan rakyat terima dos penggalak

Iklan
Orang awam yang juga para penerima vaksin hadir bagi mendapatkan suntikan vaksin penggalak Covid-19 di Pusat Vaksinasi Covid-19 Subang Parade hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menafikan dakwaan bahawa rakyat ditekan untuk menerima suntikan penggalak kerana bekalan vaksin Covid-19 hampir luput.

Menurutnya, kesemua bekalan yang ada telah digunakan.

Iklan
Iklan

"Kita ada 6.5 juta bekalan tetapi tiada yang luput untuk Januari," katanya pada sidang akhbar di Parlimen.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Iklan

Menurutnya, sela masa tiga bulan untuk dos penggalak bukan hanya dilaksanakan di Malaysia sebaliknya negara lain turut mengambil langkah sama untuk melindungi rakyat masing-masing.

Iklan