Pengisytiharan darurat bencana berbeza dengan darurat gugat keselamatan

Iklan
Ciapan Musa di Twitter menjelaskan perbezaan antara pengisytiharan darurat bencana dengan darurat gugat keselamatan.

SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pengisytiharan darurat bencana berbeza dengan darurat yang menggugat keselamatan.

Katanya, apabila berlaku bencana berskala besar, darurat diisytiharkan supaya agensi penyelamat boleh menguruskan sumber tenaga bagi memberi respons, mengurangkan, memulihkan keadaan dan membantu mangsa.

Iklan
Iklan

"Ia bertujuan untuk mengurangkan dan menghapuskan kesan agar dapat mencegah bahaya melanda dikawasan-kawasan yang terkena bencana tersebut.

"Dengan perancangan teratur ia akan dapat dipulihkan semula kepada keadaan biasa dengan secepat mungkin," katanya menerusi ciapan di Twitternya, semalam.

Iklan

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, keadaan di Pasir Gudang tidak perlu ke tahap mengisytiharkan darurat kerana masih terkawal dan pihak berkuasa tahu bagaimana menghadapi situasi itu.

Menurutnya, walaupun bencana tersebut tidak pernah berlaku, tetapi dengan kepakaran pihak berkuasa dan pakar perubatan, masyarakat tidak perlu panik.

Iklan

Sebelum itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim di Dewan Rakyat mengemukakan usul tergempar pengisytiharan darurat di kawasan tersebut dibahaskan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin kemudiannya berkata, usul tergempar meminta pengisytiharan darurat bencana di Pasir Gudang ditolak kerajaan kerana perkara itu tidak mengikut ketetapan arahan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Jelasnya, mengikut Arahan 20 Akta MKN, sesebuah kerajaan negeri perlu mengemukakan permohonan kepada kerajaan Persekutuan jika dikehendaki sesuatu kawasan itu diisytiharkan darurat.