Langkah Azam beri penjelasan jelas tepat: Takiyuddin

Iklan
Takiyuddin Hassan

SHAH ALAM - Langkah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki secara terbuka memberikan penjelasan tentang tuduhan beberapa pihak amat tepat.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia berkaitan dengan integriti SPRM sebagai sebuah badan penguatkuasa pencegahan rasuah yang utama di negara ini.

Iklan
Iklan

Tambahnya, kenyataan terbuka yang berupa penafian terhadap tuduhan berkenaan diharap dapat menghentikan tindakan beberapa pihak yang kelihatan sengaja membangkitkan isu seumpamanya.

"Pas menyambut baik langkah Azam yang secara terbuka memberikan penjelasan tentang tuduhan beberapa pihak, termasuk agensi media dan portal bebas terhadapnya berkaitan dakwaan isu pemilikan saham dalam beberapa syarikat.

Iklan

"Langkah tersebut amat tepat kerana ia berkaitan dengan integriti SPRM sebagai sebuah badan penguatkuasa pencegahan rasuah yang utama di negara ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, tindakan itu umpama bagi menimbulkan keraguan di kalangan rakyat sekali gus untuk menggugat kestabilan negara di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Iklan

"Dengan ini juga, beban pembuktian terletak ke atas pihak yang masih terus membuat dakwaan serupa bagi membuktikan segala tuduhan ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM berkenaan berasas, sekiranya tidak ia sekadar tuduhan melulu,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, Azam didakwa memiliki lebih RM4 juta saham dan waran dalam dua syarikat tersenarai sewaktu menjadi Pengarah Siasatan SPRM antara tahun 2015 dan 2016.

Bagaimanapun, ia akhirnya terjawab pada Rabu apabila Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang memaklumkan, bahawa pemilikan saham yang menjadi pertikaian itu sebenarnya milik adik Azam iaitu Nasir Baki.

Justeru, beliau menjelaskan, tiada sebarang perlakuan jenayah atau ‘conflict of interest’ (konflik kepentingan) dalam perkara tersebut.

Dalam pada itu, Takiyuddin yakin pihak berkuasa akan meneliti, menilai serta seterusnya mengambil tindakan yang adil kepada semua pihak berdasarkan fakta dan undang-undang.