Kes baharu Covid-19 meningkat mendadak, kematian berkurang: WHO

Iklan
Jumlah kematian akibat Covid-19 seluruh dunia berkurangan.

GENEVA - Jumlah kes baharu Covid-19 global meningkat secara mendadak sehingga 71 peratus minggu lepas berbanding minggu sebelumnya, namun jumlah kematian berkurangan sebanyak 10 peratus, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis.

WHO berkata, berdasarkan data mingguan situasi pandemik, kira-kira 9.5 juta kes baharu dan lebih 41,000 kematian dilaporkan sejak 27 Disember 2021 hingga 2 Januari tahun ini, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Semua kawasan melaporkan peningkatan kes mingguan, dengan benua Amerika merekodkan jumlah tertinggi (100 peratus), diikuti Asia Tenggara (78 peratus) dan Eropah (65 peratus).

WHO berkata, meskipun Afrika masih merekodkan peningkatan jumlah kes kematian mingguan, semua bahagian lain di dunia melaporkan penurunan berbanding minggu sebelumnya. - Bernama

Iklan
Iklan