Leicester City perlu pamer aksi bertenaga

Iklan
Rodgers (kanan), mahu pemain pamer aksi bertenaga. - Foto Reuters

PENGENDALI Leicester City, Brendan Rodgers mahu kesebelasan The Foxes untuk mempamerkan aksi bertenaga ketika berdepan Watford pada aksi pusingan ketiga Piala FA di Stadium King Power, Ahad ini.

Menurut Rodgers, biarpun bakal beraksi tanpa kelibat beberapa pemain, namun kesebelasan pemain yang diturunkan perlu memberikan aksi konsisten dalam usaha menjamin kemenangan pada perlawanan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Walaupun kita beraksi tanpa beberapa pemain utama cedera, tetapi pemain yang diturunkan nanti diharap dapat memberikan aksi terbaik bagi memastikan kemenangan.

"Walaupun prestasi Watford agak kurang menyerlah dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), namun bagi saya pasukan ini mampu mencipta kejutan ke atas kita nanti.

Iklan

"Oleh itu, pemain perlu sentiasa berwaspada di sepanjang perlawanan selain berusaha tidak melakukan kesilapan yang boleh mengundang padah,” katanya.

Untuk rekod, The Foxes merupakan juara musim lalu setelah menewaskan Chelsea 1-0 pada aksi final di Wembley.

Iklan

Mengulas lanjut, Rodgers menegaskan, kesebelasan The Foxes itu dilihat telah bersedia bagi berdepan Watford.

Malah katanya, rata-rata pemain kelihatan bersemangat ketika sesi latihan dan ia memberikan petanda positif menjelang pertemuan berkenaan.

"Situasi ini diharap berterusan kerana kita perlukan pemain untuk beraksi sehabis baik bagi memastikan kejayaan pada perlawanan kali ini,” katanya.