Permohonan maaf sehingga jam 6 petang: Che Ta

Iklan
ce1

PELAKON, Rozita Che Wan atau Che Ta membuat sidang media berhubung bekas pemandu peribadi, Muhamad Riduan untuk permohonan maaf secara terbuka.

Kata Che Ta, Riduan boleh membuat permohonam maaf secara terbuka di laman sosial atau kepada peguam mahupun berjumpa sehingga jam enam petang, hari ini.

Iklan
Iklan

"Kita semua perlu sedar bahawa setiap apa yang ditaip, disiar dan ditularkan di media sosial, media cetak atau sebagainya mempunyai implikasi dan risiko yang tertentu.

"Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menyalahguna media sosial sehingga menjatuhkan imej, maruah dan nama baik seseorang individu tanpa dipertanggungjawabkan ke atas perkara tersebut.

Iklan

"Pertama, saya mengadakan sidang media ini untuk memberi pengajaran bukan sahaja pada beliau tetapi sesiapa saja yang menyalahgunakan media sosial untuk memalukan individu lain tak kiralah sama ada mereka artis atau sesiapa saja.

"Anda harus bertanggungjawab dengan setiap tindakan anda dan sedar bahawa anda berdepan risiko dikenakan tindakan undang-undang.

Iklan

"Kedua, saya memohon agar masyarakat di Malaysia menghentikan budaya men”viral” keburukan orang lain di media sosial kerana ia bukanlah satu tindakan yang matang dan baik. Ia hanya akan memberikan anda kepuasan sementara dan merosakkan maruah orang lain untuk jangka masa yang lama.

"Saya bukanlah artis atau individu pertama yang telah menjadi mangsa viral di media sosial. Oleh itu, saya berasa bertanggungjawab untuk mengetengahkan isu ini supaya menjadi pengajaran kita semua.

"Sehubungan itu, dia (bekas pemandu) boleh tampil buat permohonan maaf secara terbuka sama ada di media sosial, berjumpa perguam atau hubungi.

"Maka saya beri tempoh sehingga jam enam petang hari ini," jelasnya.

Sementara itu, pihak peguam Che Ta berkata, andai bekas pemandu tidak membuat permohonan tersebut mereka akan mengambil tindakan undang-undang sivil.