Mayat lelaki tanpa identiti ditemui terapung

Iklan
Mayat seorang lelaki ditemui terapung berhampiran Pulau Terong, Parit Buntar pada Khamis. Foto: Ihsan Maritim Malaysia.

PARIT BUNTAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menemui mayat seorang lelaki terapung di kedudukan 6.5 batu nautika barat laut Pulau Terong di sini, pada Khamis.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Sharenliza Ghazali berkata, maklumat penemuan mayat itu diterima daripada komuniti nelayan setempat yang melakukan aktiviti perikanan di kawasan terbabit sekitar jam 9.05 pagi.

Iklan
Iklan

"Pasukan bot ronda Maritim Malaysia bergerak ke lokasi dan menemui satu mayat terapung. Usaha mengangkat mayat tersebut dilakukan oleh pasukan bot ronda Maritim Malaysia dengan dibantu nelayan," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Pasukan Maritim Malaysia mengangkat mayat lelaki yang ditemukan terapung di Pulau Terong, Parit Buntar pada Khamis. Foto Ihsan Maritim Malaysia.

Menurutnya, mayat yang ditemui terapung itu lengkap berpakaian namun tanpa sebarang pengenalan identiti.

Iklan

"Mayat dipindahkan ke bot pasukan penyelamat di muara Sungai Tinggi untuk dibawa ke jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Kerang.

"Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Iklan