Kandang kambing bagai 'zoo terapung'

Iklan
Sekali imbas dari kejauhan dapat dilihat seakan-akan safari terapung, namun ia adalah penempatan haiwan ternakan Abdul Razif yang digenangi air ketika tinjauan. - Foto Bernama

SEGAMAT - Bagaikan ‘zoo terapung’ apabila kandang kambing milik Abdul Razif Abdul Rahman di Kampung Tekam, dekat sini, di kelilingi air akibat limpahan Sungai Chodan sedalam 0.6 meter, menyebabkan 80 ekor haiwan ternakannya ‘terkandas’ dalam satu kandang.

Penternak berusia 43 itu berkata, kebiasaannya kambing tersebut akan dilepaskan ke kawasan rumput berhampiran, tetapi disebabkan banjir terpaksa dikurung dalam kandang sahaja.

Iklan
Iklan

"Kawasan ini seolah-olah terkepung kerana laluan utama ditutup akibat ditenggelami banjir dan air sungai yang terletak berhampiran melimpah yang tidak menunjukkan tanda akan surut dalam masa terdekat ini," katanya kepada ketika ditemui di Kampung Tekam pada Khamis.

Salah seekor kambing peliharaan Abdul Razif ketika tinjauan di Kampung Tekam. - Foto Bernama

Abdul Rasif turut mengalami kerugian apabila reban itik yang baru diusahakan juga ditenggelami air menyebabkan kira-kira 30 ekor daripada 50 ekor haiwan ternakannya itu hilang.

Iklan
Bapa kepada dua anak perempuan itu berkata, disebabkan banjir yang masih belum surut, dia kini terpaksa berulang alik menggunakan bot ke bandar Segamat kerana kehabisan bekalan dedak untuk makanan ternakannya, selain mencari rumput untuk kambing di kawasan yang tidak terjejas banjir.

Sementara itu, tinjauan mendapati Kampung Tekam terputus hubungan apabila laluan yang menghubungkan kampung itu dengan Bukit Kepong serta bandar Segamat dinaiki air.

Iklan

Sebuah pusat agihan bantuan dibuka bagi memastikan kira-kira 50 penduduk yang terjejas menerima bantuan disalurkan kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO).

Bantuan hanya boleh dihantar dengan bot menggunakan laluan sungai yang mengambil masa kira-kira 20 hingga 30 minit dari bandar Segamat. - Bernama