Peniaga disyaki dera isteri, sembilan anak disambung reman

Iklan
Rahimi

GEORGETOWN - Tempoh reman seorang peniaga lelaki disambung sehingga 10 Januari ini bagi membantu siasatan berhubung kes dera membabitkan isteri dan sembilan anaknya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Mohd Ra’ais berkata, lelaki berusia 41 tahun itu sebelum ini direman pada 31 Disember lalu selama enam hari.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penahanan reman suspek tamat pada Khamis namun disambung lagi sehingga Isnin ini (10 Januari).

"Kejadian berlaku di daerah Timur Laut dan kami menahan suspek pada 31 Disember lalu. Bagaimanapun, polis memohon sambungan reman empat hari lagi sehingga Isnin ini untuk melengkapkan kertas siasatan.

Iklan

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya ketika dihubungi, pada Jumaat.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kisah seorang wanita bersama sembilan anaknya yang diselamatkan oleh beberapa individu dengan bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Pulau Pinang setelah mendakwa menjadi mangsa penderaan fizikal dan mental oleh suaminya.

Iklan

Turut tular adalah gambar-gambar kecederaan dipercayai akibat didera oleh suspek pada badan anak-anak pasangan itu.

Wanita berusia 31 tahun tersebut turut mendakwa didera secara mental dan fizikal oleh suaminya sehingga bertindak meminta bantuan beberapa NGO serta individu untuk menyelamatkan diri dan sembilan anaknya.