KPDNHEP serbu gudang sorok barang kawalan bersubsidi

Iklan
Suhaimi (dua, kiri) menunjukkan tepung gandum yang disita dari sebuah gudang yang dipercayai melakukan penyelewengan barang kawalan bersubsidi di Teluk Intan, semalam.

TELUK INTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyerbu sebuah gudang yang didapati wujud penyelewengan barang kawalan gula, tepung gandum dan minyak masak bernilai RM141,304, semalam.

Pemeriksaan yang dilakukan jam 12 tengah hari itu dilakukan lapan pegawai KPDNHEP Teluk Intan di premis yang menyimpan barang kawalan bersubsidi dalam kuantiti mencurigakan di Taman Perindustrian Anson di sini.

Iklan
Iklan

Ketua Cawangan KPDNHEP Teluk Intan, Suhaimi Dawi berkata, hasil risikan mendapati pemilik premis menjadikan gudang terbabit sebagai stor simpanan sebelum diedarkan dan dijual kepada pelanggan sekitar daerah Hilir Perak.

"Siasatan mendapati pemilik premis ini mempunyai lesen barang kawalan runcit dan borong yang sah dari kementerian, namun pemilik bertindak menyimpan barang kawalan di alamat yang tidak dilesenkan.

Iklan
Selain tepung, minyak masak dan gula bernilai RM141,304 turut disita dari sebuah gudang yang dijadikan stor simpanan barang kawalan bersubsidi di Teluk Intan, semalam.

"Pemilik perniagaan ini juga mengetahui bahawa menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak dilesenkan adalah menjadi kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, pihaknya menyita 45,440kg gula, 2,830kg minyak masak dan 3,500kg tepung gandum selepas mendapati pemilik perniagaan ini hanya dibenarkan untuk menyimpan 500kg bagi setiap barangan untuk lesen barangan kawalan runcit.

Iklan

"Lesen kawalan borong pula had bagi gula dan tepung tidak melebihi 30,00kg serta minyak masak 20,000kg. Kegiatan ini aktif sejak 6 bulan lalu dan bekalan barang kawalan bersubsidi ini diterima daripada pembekal yang beroperasi di Sitiawan dan Ipoh," katanya.

Suhaimi berkata, siasatan dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.