Emas dijangka diniagakan rendah minggu depan

Iklan
KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan rendah minggu depan, menjejaki prestasi yang sama di penanda aras pasaran niaga hadapan emas COMEX Amerika Syarikat (AS). Gambar hiasan

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan rendah minggu depan, menjejaki prestasi yang sama di penanda aras pasaran niaga hadapan emas COMEX Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Muhammad Fawwaz Zakaria berkata, pada minggu lepas, dagangan logam berharga itu di COMEX merosot kepada paras terendah dalam tempoh satu minggu pada Khamis berikutan minit mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) AS pada Disember menunjukkan kenaikan kadar faedah yang lebih cepat, meningkatkan dolar AS dan hasil perbendaharaan.

Iklan
Iklan

"Peningkatan pergerakan emas di COMEX dan Bursa ternyata terhad berikutan kenyataan yang menyokong kepada kadar faedah yang tinggi oleh Fed dan dolar AS yang kukuh,” katanya.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, kontrak niaga hadapan emas Bursa Malaysia Derivatives bagi Januari 2022, Februari 2022, Mac 2022 dan April 2022, masing-masing kekal pada RM255.00 segram.

Iklan

Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka, masing-masing sifar.

Sementara itu, harga emas fizikal merosot RM1.42 kepada RM234.19 segram pada Jumaat daripada RM235.61 segram pada minggu sebelumnya. - Bernama

Iklan