SMK Balai Ringin terbakar, KPM ambil tindakan segera: Radzi

Iklan
KPM akan dapatkan maklumat lengkap kes kebakaran SMK Balai Ringin.

SHAH ALAM - Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mendapatkan maklumat lengkap susulan kes kebakaran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balai Ringin, Serian, Sarawak pada awal pagi Sabtu.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, tindakan susulan segera akan diambil selepas laporan lengkap diterima.

Iklan
Iklan

"Saya dimaklumkan mengenai kebakaran di SMK Balai Ringin, Serian, Sarawak awal pagi tadi yang melibatkan bilik guru dan blok pentadbiran.

"Saya sendiri pernah melawat ke sekolah ini ketika kunjungan ke Sri Aman, tahun lepas. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkan bagi kejadian tersebut.

Iklan
Iklan

"Insya-ALLAH, kami akan ikhtiarkan yang terbaik untuk warga SMK Balai Ringin," katanya dalam kenyataan di Facebook miliknya pada Sabtu.