STL: Johor Tigris selesa berstatus bukan pilihan

Iklan
Zuraimi bersama pengurusan Persatuan Sepak Takraw Johor dan pemain, jurulatih Johor Tigris.

JOHOR Tigris enggan terbuai dengan status pasukan pilihan berdasarkan prestasi musim lalu, sebaliknya lebih selesa dilabel bukan pilihan pada saingan Liga Sepak Takraw (STL) Premier 2021/22.

Malah menurut Penolong Pengurus Johor Tigris, Zuraimi Khamis, pasukan dari selatan tanah air itu mensasarkan kedudukan tiga terbaik berdasarkan barisan pemain dan persediaan rapi bagi mengharungi saingan musim ini.

Iklan
Iklan

"Musim ini sekali lagi Tigris meletakkan sandaran kepada pengalaman Ahmad Jais Bahrom untuk memacu pasukan.

"Untuk saingan musim ini kami realistik cabaran sengit daripada pasukan lawan, biarpun kebanyakan komuniti sepak takraw melabelkan Tigris antara pasukan pilihan berdasarkan pencapaian musim lalu.

Iklan

"Kami akan memfokuskan satu perlawanan ke satu perlawanan pada musim ini dengan mensasarkan kedudukan tiga terbaik dalam saingan musim ini," katanya kepada Sukan Sinar.

Pada saingan musim ini Tigris diperkuatkan dengan kehadiran Muhammad Fakhrul Akmal Momahad Nakoin, Nor Aiman Yusman, Muhammad Noraizat Mohd Nordin, Nur Haziq Norali, Mohamad Afiq Ramli, Mohd Muqlis Borhan dan Muhammad Lutfil Hadi Azmi selain kudrat import dari Thailand, Swatbanchan Seekhwa.

Iklan

Anak buah Ahmad Jais membuka tirai minggu pertama kempen musim ini menentang Selangor Piston pada Sabtu diikuti Kelantan Warriors pada Ahad di Stadium Titiwangsa.