Padah aksi 'wheelie' dan 'superman', lima remaja ditahan polis

Iklan
Tangkap layar video memaparkan salah seorang remaja melakukan aksi 'wheelie' dalam Op Samseng Jalanan di sekitar daerah Kuala Terengganu, pada Jumaat.

KUALA TERENGGANU - Aksi lima remaja lelaki menunggang motosikal secara berbahaya dengan melakukan aksi 'wheelie' mengundang padah setelah mereka ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan di sekitar daerah Kuala Terengganu, pada Jumaat.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, lima remaja berusia antara 15 hingga 21 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan iaitu di pintasan Tok Adis-Durian Burong dekat Kampung Bukit Bayas dan pintasan Pulau Sekati-Manir.

Iklan
Iklan

"Tiga remaja lelaki berusia 21 tahun ditahan kerana menunggang secara berbahaya dengan melakukan aksi ‘wheelie’ dan meniarap di atas motosikal kira-kira jam 2 pagi di sekitar jalan pintasan Pulau Sekati-Manir.

"Dua lagi remaja lelaki berusia 15 dan 16 tahun ditahan kerana menunggang secara berbahaya dengan membuat aksi ‘wheelie’ dan meniarap di atas motosikal masing-masing di sekitar jalan pintasan Kampung Tok Adis-Durian Burong dekat Kg Bukit Bayas pada jam 5 petang," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Sabtu.

Iklan

Menurut Rohaimi, lima remaja lelaki itu ditahan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Antara penunggang motosikal yang ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan di sekitar daerah Kuala Terengganu, pada Jumaat.

Katanya, pihak polis turut mengeluarkan 93 saman, menyita lima buah motosikal di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 dan 31 buah motosikal di bawah Seksyen 64 APJ 1987.

Iklan

"Kesemua 45 penunggang dan pembonceng serta 33 buah motosikal dibawa balik ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut," katanya.

Operasi itu dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu BSPTD Kuala Terengganu dengan kekuatan dua pegawai kanan polis dan 21 anggota.

Dalam pada itu, Rohaimi berkata, JSPT Terengganu akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pengguna jalan raya dan individu atau kumpulan

yang menjadikan jalan raya sebagai tempat untuk membuat aksi-aksi liar yang boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

"Kita harap ibu bapa sentiasa mengawal aktiviti luar rumah anak-anak mereka dan tidak sesekali membenarkan mereka menggunakan kenderaan di atas jalan raya tanpa lesen memandu yang sah," katanya.