Jangan abai murid mangsa banjir: NGO

Iklan
Bantuan termasuk penjagaan kesihatan perlu diberikan kepada mangsa banjir terutama dalam kalangan murid yang bakal memulakan sesi persekolahan tidak lama lagi.Gambar hiasan. - Foto Bernama

KAMPAR - Bantuan termasuk penjagaan kesihatan perlu diberikan kepada mangsa banjir terutama dalam kalangan murid yang bakal memulakan sesi persekolahan tidak lama lagi.

Pengasas sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berasaskan kemasyarakatan, Yayasan Science to Action Dr Sim Yoke Leng berkata, mangsa banjir dalam kalangan murid sekolah di negeri ini tidak harus diabaikan malah, perlu dibantu dari segi persediaan kelengkapan pelitup muka dan pensanitasi tangan bagi mencegah penularan Covid-19.

Iklan
Iklan

"Usaha sama berterusan perlu dilakukan seperti yang dilakukan bersama-sama kerajaan negeri Perak dan NGO lain bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan sasaran dan memerlukan,” katanya dalam sidang akhbar selepas program penyerahan kelengkapan diri dan peralatan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 bernilai RM200,000 di sini pada Sabtu.

Program itu turut dihadiri Setiausaha Politik Menteri Besar Perak yang mewakili kerajaan negeri Datuk Sham Mat Sahat dan sumbangan kelengkapan diri itu akan diserahkan kepada 28 sekolah serta beberapa institut pengajian tinggi (IPT) yang telah dikenal pasti di seluruh Kampar, Gopeng dan kawasan berdekatan.

Iklan

Sementara itu, Sham berkata, program ini perlu diperluaskan ke daerah lain agar dapat menjaga kebajikan murid-murid sekolah yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa depan.

Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Tin, Tanjung Tualang Suhaila Ismail berkata, sumbangan kelengkapan tersebut merupakan satu usaha yang amat baik dan perlu diteruskan selain memupuk hubungan baik antara pihak sekolah dengan penyumbang daripada komuniti masyarakat.

Iklan

Seorang murid Tahun Empat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kampar, P Nagaraja berkata, sumbangan ini akan meningkatkan tahap kesedaran beliau dan rakan sekelas supaya lebih menjaga diri dan persekitaran sewaktu di sekolah. - Bernama