Pantai Tusan

Iklan
Orang ramai mengunjungi tebing Pantai Tusan pada cuti hujung minggu dengan keluarga dan rakan-rakan.

Pantai yang terkenal suatu ketika dahulu serta dikaitkan dengan fenomena ‘air mata biru’ kini berdepan dengan perubahan bentuk tebingnya berikutan hakisan semakin teruk sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Malah, pengunjung ke pantai yang semakin terkenal itu kini berasa takut dan tidak kurang melahirkan kebimbangan dengan keadaan hakisan menjadi semakin buruk. - Foto Bernama