PASIR GUDANG - Meskipun penduduk sekitar Taman Pasir Putih, di sini berada dalam keadaan berwaspada akibat isu pencemaran yang berlaku, tuntutan agama termyata masih belum diabaikan.
Perkara itu dilihat apabila ratusan umat Islam sekitar kawasan itu berkunjung ke Masjid Jamek Taman Pasir Putih, di sini untuk mengerjakan bersama-sama mengerjakan Solat Jumaat di sana.
Iklan
Iklan
Tinjauan Sinar Harian di masjid berkenaan mendapati ruangan saf bagi para jemaah juga penuh walaupun kedudukan masjid itu hanya terletak 400 meter daripada lokasi disyaki pembuangan bahan kimia terbabit.
Terdapat juga beberapa jemaah yang mengerjakan solat dengan mengenakan topeng muka sebagai langkah berjaga-jaga berdepan pencemaran itu.
Turut kelihatan, alat pengesan gas yang dipasang Jabatan Alam Sekitar di pekarangan masjid berkenaan bagi mengukur kadar radiasi dan tahap kebersihan udara di kawasan berkenaan.
Berdasarkan pemerhatian, ukuran yang ditunjukkan mesin terbabit masih selamat dan berada di tahap di membahayakan.
Sejurus selepas Solat Jumaat, pengurusan masjid juga mempelawa beberapa jemaah yang berkelapangan untuk menunaikan solat hajat bersama bagi memohon isu pencemaran terbabit selesai.