Jawatan Presiden PSM: Hanya presiden persatuan negeri layak bertanding

Iklan
Akramuddin

CALON Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) hanya boleh terdiri daripada presiden persatuan negeri yang masih bernaung di bawah badan induk itu.

Ini bermakna pintu buat wakil daripada tiga persatuan negeri, Selangor, Putrajaya dan Sarawak yang keluar daripada PSM untuk bergelar Presiden PSM yang baharu boleh dikatakan tertutup rapat.

Iklan
Iklan

Bagi Pemangku Presiden PSM, Datuk Akramuddin Abdul Aziz, beliau berharap individu yang akan menyandang 'kerusi panas' itu nanti mampu menjalankan tugas dengan baik demi kepentingan sukan sepak takraw negara.

"Siapa yang menyandang kerusi nombor satu itu bukan isu utama tapi apa yang penting adalah perkembangan sukan ini (sepak takraw) di Malaysia.

Iklan

"Bagi saya tiada masalah untuk mereka yang bergelar presiden. Siapa saja pun tak mengapa tapi yang penting adalah kepentingan sukan sepak takraw dan ia harus ada di bumi Malaysia," katanya.

Jawatan Presiden PSM kosong selepas Datuk Ahmad Ismail melepaskan jawatannya pada 4 Jun lalu susulan badan induk sepak takraw negara itu terpalit isu dengan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).

Iklan

Menjelang sesi pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PSM pada 12 Februari ini, Akramuddin memberitahu, terdapat penambahbaikan bagi jawatan presiden.

"Untuk jawatan presiden, calon-calon adalah dalam kalangan presiden negeri-negeri. Ia sudah sah dan saya tiada masalah.

"Mereka juga bebas untuk menyumbangkan buat fikiran, tenaga dan idea untuk sukan ini dan saya percaya Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan sentiasa bersama dengan PSM.

"Apatah lagi pada ketika dan waktu itu nanti, saya percaya ASTAF juga akan menerima kembali PSM dengan sokongan padu MOM, Menteri Belia dan Sukan dan juga Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS)," ujarnya.

Pada Oktober tahun lalu, Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) PSM memutuskan beberapa penambahbaikan perlembagaan selepas perbincangan bersama PJS seperti tiada lagi undian secara angkat tangan dan ia akan dibuat secara sulit.

Selain itu, EGM turut bersetuju supaya jawatan tertinggi iaitu presiden, timbalan presiden, naib presiden, setiausaha dan bendahari boleh bertanding di peringkat pusat tanpa mengikut penggal dipegang di peringkat negeri.

"Kita juga ada undi secara sulit seperti mana diminta sesetengah pihak kerana mereka melihat sekiranya dengan adanya undian sulit ini, akan lebih telus dan sebagainya," jelasnya.