Cambridge kejutkan Newcastle

Iklan
Pasukan Cambridge meraikan kejayaan mereka mara ke pusingan keempat Piala FA

CAMBRIDGE United melakar kejutan apabila menyingkirkan Newcastle United daripada saingan Piala FA selepas mencatatkan kemenangan 1-0 pada aksi di St James Park pada Sabtu.

Pengendali Cambridge United, Mark Bonner menyifatkan kemenangan itu sebagai satu kisah dongeng dan pastinya akan diingat oleh peminat untuk tahun-tahun mendatang.

Iklan
Iklan

"Dalam Piala FA sudah tentu akan ada kisah dongeng dan kekecewaan dialami mana-mana pasukan bertanding dan kami salah satu pasukannya.

"Pemain bermain dengan baik termasuklah penjaga gol (Dimitar Mitov) yang berjaya mempertahankan gawangnya daripada dibolosi.

Iklan

"Walaupun kami berjaya dinaikkan pangkat bermain di liga divisyen satu tahun lepas, kejayaan menang tanpa dibolosi merupakan pencapaian yang menakjubkan," katanya.

Pada perlawanan tersebut, tonggak serangan Cambridge, Joe Ironside meledak gol tunggal perlawanan 11 minit selepas babak kedua bermula dengan jaringan gol dari jarak dekat.

Iklan

Bagi Ironside, dia sangat menunggu-nunggu saat untuk menjaringkan gol di stadium tersebut memandangkan idolanya ialah Alan Shearer yang merupakan penjaring terbanyak Newcastle.

"Saya memang mengimpikan saat ini untuk menjaringkan gol di St James Park.

"Shearer ialah wira saya. Jadi saya sangat bangga apabila dapat menjaringkan gol pada perlawanan ini," katanya