KUALA LUMPUR - Pemilik yang menyewakan premis kediaman dan komersial mereka mempunyai pilihan untuk membuat Pertukaran Nama Akaun (COT) ke atas nama penyewa dalam tempoh penyewaan bagi memastikan pengurusan akaun yang lebih teratur selain menjaga kepentingan pemilik premis.
Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Bhd (TNB), Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, dengan penukaran nama pemilik akaun kepada penyewa, semua tanggungjawab penggunaan dan pembayaran bil elektrik adalah di bawah tanggungjawab penyewa.