FAMA jamin harga barang di pasar tani lebih berpatutan

Iklan
Mohd Fasiah (kiri) dan Tajuddin melihat pelan pembangunan PTK Kampung Gajah dalam lawatan kerja ke kompleks tersebut di sini pada Ahad.

PASIR SALAK - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan harga barangan keperluan termasuk ayam yang dijual di pasar tani lebih berpatutan.

Pengerusi FAMA, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh berkata, peniaga dan usahawan boleh memasarkan terus hasil pertanian mereka di pasar tani tanpa melalui orang tengah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, peniaga juga disaran mengambil bekalan terus dari ladang supaya dapat menjual pada harga lebih rendah.

"Dari segi kawalan harga ini di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Cuma barang-barang yang dijual di pasar tani dijual lebih rendah.

Iklan

"Kita berharap dapat mengambil hasil terus dari ladang untuk jual di pasar tani FAMA. Sebagai contoh ayam yang diambil dari ladang boleh dijual pada harga RM6 hingga RM7 sekilogram," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Program My Rakyat dan Pasar Tani Kekal (PTK) Kampung Gajah, di sini pada Ahad.

Hadir sama, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA, Abdul Rashid Bahri dan Pengarah FAMA Perak, Norsham Ramly.

Iklan

Menurutnya, melalui jualan terus itu, usahawan dapat menghapuskan orang tengah yang selama ini mendapat keuntungan sekitar 20 hingga 30 peratus.

Sementara itu, mengenai PTK Kampung Gajah, Mohd Fasiah berkata, kompleks tersebut akan memulakan operasi pada Mac depan.

Menurutnya, PTK yang menelan kos RM2.6 juta itu menempatkan 91 unit iaitu 14 unit lot basah dan 70 unit lot kering serta tujuh unit medan selera.

Katanya, FAMA menganggarkan sebanyak RM11 juta penjanaan ekonomi yang akan dihasilkan bagi tahun pertama operasi PTK tersebut.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat dua PTK yang sedang beroperasi masing-masing di Lekir dan Manjung manakala satu lagi PTK sedang dibangunkan di Kuala Kangsar dan dijangka beroperasi tahun depan.

Menurutnya selain Kampung Gajah, terdapat dua lagi PTK iaitu di Manjung dan Lekir yang beroperasi sejak beberapa tahun lalu serta PTK Kuala Kangsar dijangka beroperasi sepenuhnya tahun depan.