Obor - Obor Beracun

Iklan

Obor-obor beracun yang dikenali sebagai Portuguese Man o' War atau nama saintifiknya 'physalia physalis' yang ditemukan di Pantai Pulau Kerengga, Marang.

Jabatan Perikanan Negeri Terengganu menasihatkan pengunjung Pantai Kelulut dan Pulau Kerengga di Marang agar tidak menyentuh obor-obor tersebut walaupun sudah mati kerana ia masih beracun dan sangat berbahaya serta perlu mendapatkan rawatan di klinik atau hospital sekiranya terkena sengatan.

Iklan
Iklan

Fasa musim monsun Timur Laut yang berlaku ketika ini menjadi antara faktor obor-obor berkenaan terdampar di perairan Pantai Timur dan kali terakhir spesies hidupan beracun itu dilihat di perairan Terengganu pada Februari 2020.

Kajian sebelum ini pernah merekodkan penemuan lebih 1,000 obor-obor spesies berkenaan yang terapung di perairan Lautan Hindi dan ia bergerak sama ada hanyut dibawa arus atau angin. - Foto Bernama.

Iklan
Iklan