SHAH ALAM - Tular satu mesej di aplikasi WhatsApp mendakwa boleh menyediakan atau membuat sijil digital vaksinasi dalam MySejahtera dengan bayaran sebanyak RM2,500 bagi setiap individu.
Individu yang menawarkan sijil digital itu mendakwa pembeli akan 'selamat' jika diperiksa oleh penguat kuasa selain sijil tersebut boleh digunakan di semua tempat.