KESEMUA 20 kelab Serie A sebulat suara memutuskan untuk mengurangkan kapasiti stadium kepada maksimum 5,000 untuk dua pusingan perlawanan pada Januari dalam usaha untuk membantu memerangi kes Covid-19 yang semakin meningkat di Itali.
Serie A dalam satu kenyataan berkata, sekatan baharu itu akan dilaksanakan pada hujung minggu 15 Januari dan 22 Januari, sebelum rehat antarabangsa.