Bas pintar tanpa pemandu

Iklan
Abdul Aziz (lima dari kiri) serta kumpulan penyelidik UMP menunjukkan bas pintar SCAV yang dibangunkan.

KUANTAN - Penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) sedang membangunkan sebuah bas pintar, Smart Campus Autonomous Vehicle (SCAV) yang bergerak tanpa pemandu (swapandu) untuk kegunaan dalam kawasan kampusnya.

SCAV yang dilengkapi pelbagai sensor dan komputer berteknologi pintar itu merupakan bas swapandu pertama dihasilkan di negara ini.

Iklan
Iklan

Ia digerakkan melalui kawalan sistem komputer yang dilengkapi info trafik dalam kawasan kampus.

Ketua Program Kejuruteraan Mekatronik, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik, Ts Dr Muhammad Aizzat Zakaria yang memiliki kepakaran dalam kejuruteraan teknologi kereta swapandu berkata, bas yang dibangunkan dengan kepakaran penyelidik dalaman UMP itu dalam proses pembangunan peringkat akhir.

Iklan

Menurut beliau, pembangunan kini mencapai 80 peratus dan ia dijangka siap sepenuhnya tahun ini.

"Fokus kini ditumpukan kepada algoritma berspesifikasi tinggi dan teknologi di dalam bas itu sendiri.

Iklan

"Apabila siap kelak, kenderaan itu dapat beroperasi sepenuhnya sebagai kemudahan pengangkutan kepada warga kampus,” kata beliau.

Sementara itu, pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik, Dr Mohamad Heerwan Peeie berkata, bas yang diperkenalkan itu berkonsepkan kenderaan masa hadapan.

Menurut beliau, penggunaan kenderaan tersebut akan menyumbang kepada kelestarian alam dan mempertingkatkan sistem pengangkutan awam.

"Bas ini akan melalui proses pemetaan untuk mendapatkan maklumat persekitaran yang akan dilalui.

"Maklumat yang diterima akan dihantar kepada sistem komputer untuk mengenal pasti kedudukannya.

"Beberapa jenis sensor digunakan antaranya sensor LiDAR, Inertial Measurement Unit (IMU), kamera dan lain-lain lagi untuk mendapatkan maklumat tentang persekitaran laluan bas swapandu ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman berpuas hati dengan gerak kerja pembinaan bas swapandu yang turut melibatkan pelajar pascasiswazah universiti itu.

"Hasil kerjasama dan kemampuan kepakaran serta kepercayaan pihak pengurusan memberikan keyakinan untuk membuktikan kemampuan penyelidik UMP membangunkan bas swapandu tahap empat dalam kawasan terhad (dalam kampus)," katanya.