Covid-19: Varian baharu 'Deltacron' ditemui

Iklan
Para saintis turut melaporkan dua simptom berbeza yang ditunjukkan pesakit iaitu konjunktivitis atau sakit mata dan keguguran rambut.

PARA saintis di Cyprus percaya mereka telah menemui varian terbaharu Covid-19.

Sebanyak 25 kes dikesan setakat ini berkaitan varian Deltacron, yang merupakan gabungan antara varian Delta dan Omicron, memetik laporan Bloomberg.

Iklan
Iklan

Profesor Sains Biologi Universiti Cyprus, Leondios Kostrikis memberitahu Sigma TV, terdapat jangkitan yang menggabungkan varian Omicron dan Delta.

Saintis di Makmal Bioteknologi dan Virologi Molekul telah mengesan 25 individu yang dijangkiti varian tersebut.

Iklan

Mereka turut mendapati varian tersebut lebih mudah menjangkiti individu yang sedang dirawat di hospital.

"Kami sedang mengkaji adakah varian ini lebih mudah berjangkit berbanding varian yang ada ketika ini," katanya.

Iklan

Para saintis turut melaporkan dua simptom berbeza yang ditunjukkan pesakit iaitu konjunktivitis atau 'pink eye' dan keguguran rambut. - Awani