'Ibu hanya jumpa selipar anak di tebing sungai'

Iklan
Operasi SAR mencari kanak-kanak dikhuatiri lemas di sekitar kawasan Sungai Zon Kumareling Tambunan dilaksanakan sepasukan anggota BBP Tambunan.

TAMBUNAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dikhuatiri lemas di Sungai Zon Kumareling Tambunan pada Ahad.

Mangsa dikenali sebagai Mohammad Syaril disedari hilang oleh ibunya selepas menemui selipar di belakang rumah mereka yang terletak berhampiran sungai berkenaan.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, Desmond Micky berkata, pihaknya terima panggilan pada jam 6.53 petang Ahad berhubung kejadian itu dan dua anggota dikejar ke lokasi yang terletak kira-kira lima kilometer dari balai.

"Menurut maklumat, kanak-kanak itu dikhuatiri hilang di sungai belakang rumah dan mangsa disedari hilang pada jam 6 petang oleh ibunya apabila hanya menemui selipar mangsa di tepi sungai berkenaan.

Iklan

"Pasukan bomba bergegas ke lokasi untuk mendapatkan maklumat dan menjalankan operasi operasi mencari dan menyelamat (SAR)," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata, sehingga kini mangsa masih belum ditemui dan pihaknya akan mengemas kini maklumat SAR masa ke masa.

Iklan