SHAH ALAM - Ibu kandung atau waris kepada seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di Blok C-3-20, Pangsapuri Sri Nilam Ampang, dicari bagi membantu urusan dokumentasi.
Pelindung Kanak-kanak JKM Hulu Langat, Lockman Hakim Tomirin berkata, seorang bayi perempuan itu ditinggalkan ibu kandung selepas beberapa hari dilahirkan.
Iklan
Iklan
"Ibu kandung tidak dapat dikenal pasti identiti dan bayi perempuan ini ditempatkan di Wad NICU bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan.
"Bayi ini dilaporkan sihat dalam pemantauan doktor di Hospital Ampang bagaimanapun kini di bawah pemantauan JKM Hulu Langat," katanya.
Ibu kandung dan waris kepada bayi tersebut diminta tampil dan berhubung JKM Hulu Langat di talian 0387378007.