PPV dos penggalak sesak

Iklan
Tangkap layar video sebahagian orang ramai beratur panjang menunggu giliran masing-masing di PPV Offsite Emporis Primer Cherang Clinic Kota Damansara 24 jam.

SHAH ALAM - Situasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Offsite Emporis Primer Cherang Clinic Kota Damansara 24 jam, dilaporkan sesak dengan kehadiran orang ramai dipercayai ingin mendapatkan suntikan dos penggalak, pada Isnin.

Situasi tersebut dirakam dalam satu video yang berdurasi selama dua minit 16 saat dan seorang individu dipercayai salah seorang penerima vaksin berkongsikan video tersebut lalu ia tular.

Iklan
Iklan

Menurut indvidu berkenaan, janji temu giliran dia adalah pada jam 3 petang, bagaimanapun, sehingga jam 3.20 petang, orang ramai dilihat masih beratur dengan barisan yang panjang.

Dalam video itu juga menunjukkan, keadaan di PPV dengan orang ramai terpaksa berdiri lama sebelum sampai giliran untuk masuk ke dalam PPV bagi menerima suntikan.

Tangkap layar Situasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Offsite Emporis Primer Cherang Clinic Kota Damansara 24 jam, dilaporkan sesak dengan kehadiran orang ramai.

Iklan

"Sepatutnya janji temu pukul 3 petang, ini sudah 3.20 petang. Lenguh kaki kalau nak beratur macam ini.

"Memang tidak lah nak beratur macam ini, siap berpusing. Jauh sangat ini.

Iklan

"Lama dan panjang, tidak boleh. Tidak dapat lah (kalau) nak menunggu,” menurut individu tersebut dalam video tular berkenaan.

Pada 15 Disember lalu, janji temu bagi penerima dos penggalak akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) ke telefon pintar atau melalui aplikasi MySejahtera bagi mempercepatkan proses.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya mengingatkan, masyarakat sentiasa cakna dengan pemakluman di telefon masing-masing agar tidak terlepas tarikh janji temu dan menyatakan sama ada bersetuju menerima dos penggalak atau tidak.