Bersatu tidak terkesan dengan PBM

Iklan
Muhyiddin Yassin

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Presiden Parti Pribumi Bersatu(Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Parti Bangsa Malaysia (PBM) tidak memberi kesan besar.

Menurutnya, pemimpin PBM bukan terdiri daripada ahli partinya.

Iklan
Iklan

"Larry Sng (Ahli Parlimen Julau) dahulunya bekas PKR tetapi menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) serta tidak pernah menyertai Bersatu.

"Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong dan yang di Perak tidak tahu (sokong mana). Dengar dia sokong Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, tidak pasti dalam rekod dia pernah menjadi ahli Bersatu atau tidak," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara, dekat sini, pada Isnin.

Iklan

Sabtu lalu, Larry diumum sebagai Presiden PBM manakala Haniza Talha sebagai timbalannya.

Iklan