Pekerja kilang melecur, jengkaut dipandu terbakar

Iklan
Jengkaut yang dipandu mangsa terbakar menyebabkan dia melecur.

PERAI - Seorang pekerja kilang melecur selepas jengkaut dipandunya terbakar dalam kejadian di sebuah kilang di Kawasan Perusahaan Bebas Perai di sini, pada pagi Isnin

Dalam kejadian jam 11 pagi, Muhammad Hafiz Sulaiman, 29, melecur pada badan dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya untuk menerima rawatan.

Iklan
Iklan

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Perai berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira jam 11.07 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kilang terbabit.

"Apabila pasukan bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah jengkaut. Peratusan kemusnahan kebakaran dianggarkan 40 peratus," kata jurucakap tersebut dalam kenyataan, pada Isnin.

Iklan

Jurucakap berkenaan berkata, kebakaran turut melibatkan sebahagian kecil struktur bangunan kilang tersebut dan dipadamkan oleh pekerja kilang sebelum anggota bomba tiba di lokasi.

Katanya, operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 12.02 tengah hari dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Iklan