Ibu tunggal sebak terima ijazah arwah anak

Iklan
Norliza ditemani anak keduanya, Nurul Hannah, 22, ketika naik ke pentas mewakili Allahyarham Nuraida Sabrina Shamsul untuk menerima skrol ijazah. - Gambar/ UPM
KUALA LUMPUR- Suasana Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini, sayu buat Norliza Abdullah, ibu kepada Allahyarham Nuraida Sabrina Shamsul Anuar yang meninggal dunia akibat radang paru-paru pada Jun tahun lalu.

Ditemui selepas istiadat berkenaan, ibu tunggal berusia 50 tahun itu memberitahu, Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer yang diterima bagi pihak anaknya, akan dijadikan pemangkin semangat kepada tiga anaknya yang lain.

Dalam nada sebak, dia menceritakan, anak sulungnya itu menghembuskan nafas terakhir ketika menjalani latihan praktikal di Pusat Pembangunan dan Pendidikan Ummah, Murtadha Dakwah Centre di Kedah, ketika berusia 24 tahun.

Iklan
Iklan

Katanya, kehilangan Nuraida Sabrina amat dirasai, lebih-lebih lagi hanya tiga tahun selepas pemergian suaminya, Shamsul Anuar Omar.

"Memang dah nekad untuk datang ke majlis konvokesyen ini. Ijazah dia akan beri semangat kepada adik-adik yang lain. Mungkin, bagi sesetengah orang akan anggap ini hanya perkara remeh namun bagi saya ini adalah usaha arwah yang telah berusaha hampir empat tahun di UPM," katanya ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen UPM kali ke-44 pada Isnin.

Iklan

Di sebalik kesedihan itu Norliza masih mampu mengukur senyuman dan berbangga dengan pencapaian Nuraida Sabrina.

Katanya, selepas pemergian suaminya tiga tahun lalu, Allahyarham yang menjadi tulang belakang keluarga.

Iklan

"Sebelum arwah suami meninggal, beliau yang mengambil alih tugas menggalas tanggungjawab untuk menjaga adik-beradik yang lain serta menguruskan tinggalan kerja arwah ayahnya yang mempunyai kilang sendiri sambil menjalani latihan praktikal.

"Namun, tiba-tiba beliau pula meninggal setelah kematian suami," katanya.

Seramai 951 graduan menerima ijazah daripada Pro Canselor UPM, Prof Emeritus Datuk Dr Muhamad Zohaidie Bardaei pada Isnin.- Awani